Sudah sampai serunya maka convert speed Delang style
siap sudah
Thursday, April 12, 2007
Delang punya sudah siap
Posted by
kamunting
at
3:10 AM
0
comments
Labels: convert style
Wednesday, March 28, 2007
Menyiapkan Proposal Penyelidikan.
Menyiapkan Proposal Penyelidikan.
Antara perkara-perkara yang perlu ada dalam proposal penyelidian ialah:
1. TAJUK PENYELIDIKAN
Tajuk penyelidikan hendaklah spesifik, jelas, dan membayangkan permasalahan kajian.
2. OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Objektif penyelidikan hendaklah spesifik, jelas dan praktikal yang boleh terhasil daripada penyelidikan yang dilakukan.
3. KEPENTINGAN PENYELIDIKAN
Kepentingan penyelidikan juga perlu jelas sebabnya, serta disertai dengan hujah-hujah yang konkrit.
4. METODOLOGI PENYELIDIKAN YANG DIGUNAKAN
Pelbagai kaedah penyelidikan seperti kaedah pengumpulan data yang merangkumi Soal Selidik, Perpustakaan, Pemerhatian, Temu bual dan lain-lain lagi. Kaedah analisis data pula boleh dilakukan dengan kaedah induktif, deduktif, atau komparatif.
5. KAJIAN PENYELIDIKAN TERDAHULU
Sebelum kajian anda lakukan, jelaskan juga kajian anda terhadap penyelidikan-penyelidikan yang telah ada untuk membuktikan penyelidikan anda itu tidak mengulangi penyelidikan yang telah sedia ada. Proses yang dinamakan Review Literature ini agak memakan masa kerana di sini kita perlu mencari semua bahan kajian terdahulu.
6. TEMPOH DAN PERANCANGAN PENYELIDIKAN
Penyelidikan hendaklah dirancang tempoh dan fasa-fasanya agar gerak kerja berjalan mengikut jadual denggan sempurna.
7. LIMITASI PENYELIDIKAN
Hendaklah disertakan juga limitasi2 yang wujud dalam penyelidikan anda.
6. BIBLIOGRAFI
Sertakan bibliografi atau rujukan2 awal yang anda telah atau akan lakukan untuk penyelidikan itu.
Selamat menjadi seorang penyelidik yang berdisiplin dan beretika.
Posted by
kamunting
at
5:12 AM
0
comments
Labels: propasal



